Sunday, 20 November 2016

Teori Pelaziman Klasik Watson

TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON
Latar Belakang John Broadus Watson ( 1878 -1958 )
            Watson dilahirkan di Greenville, South Carolina. Beliau menamatkan pelajaran di Furman University. Watson mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di University di Chicago. Beliau telah menerima ijazah kedoktoran ketikan menuntut di University of Chicago. Watson telah menghasilkan satu artikel berjudul “ Psychology as the Behaviorist view it”. Beliau memulakan pengajian mental dan merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh konsep pelaziman klasik Pavlov tetapi tumpuan adalah terhadap kajian mengenai emosi kanak-kanak.

Pandangan Terhadap Manusia
            Menurut Watson, setiap tingkah laku dipelajari melalui hasil daripada gerak balas terhadap rangsangan. Menurutnya lagi, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks  terlazim. Watson berpendapat gerakan refleks yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baharu. Terdapat tiga jenis emosi menurut Watson iaitu takut, marah dan kasih sayang.

Pembentukan Tingkah Laku
            Pada tahun 1920, Watson bersama pembantunya Rosalie Rayner telah menjalankan  kajian iaitu “ Eksperimen Little Albert “ di Hopkins University.
            Beliau menjalankan sebuah eksperimen ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak berumur 11 bulan. Beliau menunjukkan kepada Albert seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak takut pada tikus tersebut. Namun, apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, Albert menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang sehingga Albert takut kepada tikus putih.

                                      





Intenvensi
                
 Melalui teori telah wujud banyak isu yang timbul. Antaranya ialah Watson dan penolongnya Rayner yang telah menyentuh etika penyelidikan. Mereka telah menjalankan eksperiment tersebut semasa Albert hanya berumur 9 bulan sahaja semasa eksperiment pertama diadakan. Tambahan pula, eksperiment ini telah dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa Albert. Ini telah melanggar etika berkaitan dengan informal consent yang perlu diperoleh daripada subjek kajian atau ibubapa/penjaga bagi kes bayi dan kanak-kanak sebelum satu-satu kajian dijalankan. Disamping itu, dari segi kelengkapan makmal, adalah didapati kurang kelengkapan yang diperlukan.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan, adalah tanggungjawab penyelidik untuk menamatkan kajian. Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah proses pembelajaran pelaziman kerana memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman.

Kesimpulan

            Sebagai kesimpulannya, tingkah laku positif boleh diajar dengan rangsangan yang sesuai. Latih tubi dan pengulangan pengajaran dapat mengukuhkan apa yang ingin diajar oleh guru kepada murid-murid. Pengetua hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan guru-guru supaya berminat untuk terus mengajar dan mengelak menggunakan rangsangan yang membawa kesan negatif.

No comments:

Post a Comment