TEORI PELAZIMAN
KLASIK WATSON
Latar
Belakang John Broadus Watson ( 1878 -1958 )
Watson dilahirkan di Greenville,
South Carolina. Beliau menamatkan pelajaran di Furman University. Watson
mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di
University di Chicago. Beliau telah menerima ijazah kedoktoran ketikan menuntut
di University of Chicago. Watson telah menghasilkan satu artikel berjudul “
Psychology as the Behaviorist view it”. Beliau memulakan pengajian mental dan
merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Kajian beliau banyak dipengaruhi
oleh konsep pelaziman klasik Pavlov tetapi tumpuan adalah terhadap kajian
mengenai emosi kanak-kanak.
Pandangan
Terhadap Manusia
Menurut Watson, setiap tingkah laku
dipelajari melalui hasil daripada gerak balas terhadap rangsangan. Menurutnya
lagi, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim. Watson berpendapat gerakan refleks
yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia
mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi
baharu. Terdapat tiga jenis emosi menurut Watson iaitu takut, marah dan kasih
sayang.
Pembentukan
Tingkah Laku
Pada tahun 1920, Watson bersama
pembantunya Rosalie Rayner telah menjalankan
kajian iaitu “ Eksperimen Little
Albert “ di Hopkins University.
Beliau menjalankan sebuah eksperimen
ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak berumur 11 bulan. Beliau
menunjukkan kepada Albert seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak takut
pada tikus tersebut. Namun, apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak
dengan kemunculan tikus tersebut, Albert menjadi takut dan menangis. Keadaan
ini diulang sehingga Albert takut kepada tikus putih.
Intenvensi
Melalui teori telah wujud banyak
isu yang timbul. Antaranya ialah Watson dan penolongnya Rayner yang telah
menyentuh etika penyelidikan. Mereka telah menjalankan eksperiment tersebut
semasa Albert hanya berumur 9 bulan sahaja semasa eksperiment pertama diadakan.
Tambahan pula, eksperiment ini telah dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa
Albert. Ini telah melanggar etika berkaitan dengan informal consent yang perlu
diperoleh daripada subjek kajian atau ibubapa/penjaga bagi kes bayi dan
kanak-kanak sebelum satu-satu kajian dijalankan. Disamping itu, dari segi
kelengkapan makmal, adalah didapati kurang kelengkapan yang
diperlukan.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan, adalah
tanggungjawab penyelidik untuk menamatkan kajian. Selain itu, kelemahan yang
terdapat dalam teori ini ialah proses pembelajaran pelaziman kerana memerlukan
masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan
pengulangan latihan. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah
latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai
contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan
sehingga wujudnya pelaziman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tingkah laku positif boleh
diajar dengan rangsangan yang sesuai. Latih tubi dan pengulangan pengajaran
dapat mengukuhkan apa yang ingin diajar oleh guru kepada murid-murid. Pengetua
hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan guru-guru supaya
berminat untuk terus mengajar dan mengelak menggunakan rangsangan yang membawa
kesan negatif.